APLIKASI SEJARAH MATEMATIK DALAM PENGAJARAN STEM: PENDEKATAN INTEGRATIF DI SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
Keywords:
sejarah, STEM, matematikAbstract
Kajian ini mengkaji integrasi sejarah matematik dalam pengajaran STEM di sekolah menengah, dengan memberi tumpuan khusus pada konteks pendidikan di Malaysia. Berdasarkan 25 rujukan terkini, telah terbukti bahawa pengajaran sejarah matematik bukan sahaja memperkukuh pemahaman pelajar terhadap konsep matematik, tetapi juga meningkatkan minat dan penglibatan mereka dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, penerapan sejarah matematik dalam konteks pengajaran STEM masih belum diterokai sepenuhnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pendekatan integratif yang menggabungkan sejarah matematik dalam kurikulum STEM, menganalisis keberkesanan pendekatan ini dalam meningkatkan pencapaian pelajar serta memperkasakan pengajaran matematik yang lebih holistik dan kontekstual.
