ANALISIS KANDUNGAN LABEL DAN TUNTUTAN HALAL DALAM PRODUK PENJAGAAN KESIHATAN: SATU TINJAUAN DI FARMASI KOMUNITI MALAYSIA

Authors

Keywords:

pelabelan halal, farmasi komuniti, produk penjagaan kesihatan, tuntutan halal, perlindungan pengguna

Abstract

Kandungan label dan tuntutan halal memainkan peranan penting dalam pemilihan produk penjagaan kesihatan oleh pengguna Muslim. Kajian ini bertujuan menganalisis kandungan label produk penjagaan kesihatan yang dijual di farmasi komuniti di Malaysia, khususnya dari segi ketelusan maklumat bahan, status pensijilan halal, dan tuntutan pemasaran. Seramai 120 produk daripada 30 farmasi di tiga negeri (Selangor, Kelantan dan Johor) telah diteliti menggunakan senarai semak berasaskan piawaian JAKIM dan Garis Panduan Pelabelan Produk Kesihatan. Dapatan menunjukkan hanya 48% produk memaparkan logo halal yang sah, manakala 22% mengemukakan tuntutan “halal” tanpa pengesahan pihak berkuasa. Kajian ini menekankan keperluan pemantauan berterusan dan garis panduan pelabelan yang lebih ketat bagi melindungi pengguna serta memperkukuh integriti industri halal.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Mohd Faizal Wahidin, Universiti Geomatika Malaysia (UGM)

    IQRA Business School, Universiti Geomatika Malaysia (UGM), Lot 5-5-7, 5th Floor, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, 54200 Kuala Lumpur. Malaysia

  • Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohamad Nasir Saludin, Universiti Geomatika Malaysia (UGM)

    Universiti Geomatika Malaysia (UGM), Lot5-5-7, 5th Floor, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, 54200 Kuala Lumpur. Malaysia

Published

2025-07-16