PEMERKASAAN INDUSTRI KESIHATAN MELALUI PENSIJILAN HALAL: ANALISIS KES TERHADAP PRODUK SUPLEMEN DI MALAYSIA

Authors

Keywords:

pensijilan halal, produk suplemen, industri kesihatan, GMP, kepercayaan pengguna

Abstract

Industri kesihatan di Malaysia semakin berkembang selari dengan permintaan pengguna terhadap produk yang selamat, berkualiti dan mematuhi prinsip Syariah. Pensijilan halal telah menjadi antara faktor utama dalam pembentukan kepercayaan pengguna terhadap produk kesihatan khususnya suplemen. Artikel ini membincangkan peranan pensijilan halal dalam memperkasa industri kesihatan melalui analisis kes beberapa syarikat tempatan yang mengeluarkan produk suplemen. Kaedah kajian kualitatif digunakan dengan analisis terhadap dokumen pensijilan halal, wawancara bersama pengurus syarikat, dan pemerhatian terhadap proses pengeluaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa pensijilan halal bukan sahaja meningkatkan kredibiliti dan akses pasaran, tetapi juga menyumbang kepada amalan pengilangan yang baik (GMP) dan inovasi produk. Kajian ini mencadangkan supaya mekanisme pensijilan halal diperkukuh dengan elemen pendidikan dan transformasi digital bagi mempercepatkan pematuhan industri terhadap standard halal.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

  • Mohd Faizal Wahidin, Universiti Geomatika Malaysia (UGM)

    IQRA Business School, Universiti Geomatika Malaysia (UGM), Lot 5-5-7, 5th Floor, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, 54200 Kuala Lumpur. Malaysia

  • Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohamad Nasir Saludin, Universiti Geomatika Malaysia (UGM)

    Universiti Geomatika Malaysia (UGM), Lot 5-5-7, 5th Floor, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11, 54200 Kuala Lumpur. Malaysia

Published

2025-07-16